ingin membeli sepatu yang baru..
lihat di store sana..
lihat di rak situ..
lihat lagi kedai yang depan..
setelah lengguh kaki dan otak memikir..
berjumpa yang berkenan..
kau sarungkan di kaki
kau minta saiz sepatu pada gadis itu
lalu kau sarung keduanya dan mula berjalan-jalan
melihat-lihat di cermin
sesuai ke? cantik ke? selesa atau tidak?
banyak yang kau pertimbangkan
hanya untuk mendapatkan sepasang stiletto mahupun pump shoes itu
lalu kau letakkan kembali sambil berkata
"thanks miss.. tak jadi amek lah"
dan kau ke kedai yang lain pula..
lihat di sana.. tengok di sini..
ambil yang itu.. dan letak kembali
jumpa yang chantek di mata
tapi tak berkenan di hati
kau cari lagi dan akhirnya kau jumpa yg menarik
kau terus beli tanpa mencuba di kaki
sebab kau dah terlalu penat mencari
dan nekad beli yang itu!
tapi sayang... baru sehari kau pakai
sepatu itu dah mencengkam di kaki
baru kau tahu sepatu tu tak serap peluh di kaki
dan baru kau sedar yang sepatu itu tidak sesuai dengan koleksi baju di dalam almari
baru kau sedar, sepatu yang di kedai pertama itu yang kau cukup rasi
warnanya.. teksturnya dan gayanya
dan esoknya kau kembali ke mall tadi
untuk membeli sepatu itu
tapi sayang.. sepatu itu dah tiada lagi
sudah ada yang membeli, dan takkan di restock lagi
menyesal?
begitu juga permainan hati
kononya kau tidak ingin bersendiri..
kau jumpa yang itu
kau berkenalan dengan ini
kau berkawan dengan ramai orang
dan kau cuba memadan-madan kan dengan diri kau
sesuai ke tidak? secocok ke tidak?
dan lantas.. ko terima lamaran seseorang
bercinta.. berkasih.. bersayang.. dan sebagainya
namun lama-lama baru kau sedar
yang kalian bukan teman sehati dan sejiwa
yang kalian kononya tidak rasi bersama
maka putus! dan kau mencari yang lain!
kau cari.. kau jumpa.. dan kau sulam cinta lagi
tapi saat itu, baru kau sedar
yang baru ni.. tak seindah yang lama
dan kau ingin kembali pada yang lama
ingin menyambung kisah semalam
tapi sayang! terlambat sudah!
saat kau sedar yang kau hanya mahukan dia
dia sudah bersama dengan yang lain
mungkin tak sebaik kau
mungkin tak secantik kau
tapi cukup sempurna bagi si dia
menyesal? naahh.. sekarang baru kau menyesal
kadang-kadang, kita hanya akan menghargai sesuatu itu saat ianya sudah bukan lagi milik kita!
coretanakhir: si dia pernah mengatakan menyesal kerana membuat saya merana.. menyesal kerana mendua dan mentiga malah mengempatkan saya.. tak pe awak!! saya maafkan awak.. kita masih lagi boleh berkawan.. tapi tidak mungkin akan mengawan!
No comments:
Post a Comment
Thanks for Reading (^_^)