Tuesday, 4 January 2011

padaMu aku bermunajat

andai itu takdirmu
wahai Sang Pencipta Alam Semesta
dengan hati yang terbuka
aku redha menerima takdirMu
namun wahai Yang Maha Agung
kuatkanlah hati dan minda ini
meskipun engkau sememangnya Yang Maha Mengetahui
baik setiap perkara yang ghaib dan tersembunyi
engkau jua Maha Mengetahui
samada hambaMu ini betah menerima ujian ini atau sebaliknya
dan sesunguhhnya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
engkau juga Maha Mengetahui bahawa aku mampu lalui ujian yang diberiMu ini..
aku berdoa agar di tetapkan keimanan di dalam hatiku
agar aku tidak ragu dengan ketentuanMu wahai Yang Maha Menetapkan
agar aku tidak mempertikaikan setiap dugaan yang diberiMu


wahai Yang Maha Memaafkan,
bersihkan hatiku dari dendam kesumat
lapangkan dada ku dari segala kesempitan
berikan aku ketenangan dan juga kebahagiaan
yang kekal abadi untuk selamanya
namun Yang Maha Agung,
usah biarkan aku berpaling dariMu
setelah kau berikan segalanya kepada ku
aku memohon padaMu Ya Rahman dan Ya Rahim
kurniakan yang terbaik bagi diriku, agamaku, kehidupanku dan masa depanku.

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)