Friday 14 October 2011

Siapa Sahabat Anda?

sahabat, teman, kawan, rakan, ukhti, etc..
membawa maksud yang sama. 
tapi siapa yang sebetulnya faham apa itu erti persahabatan?

old-saying, "kawan biar seribu, musuh jangan ada satu".. 
benar, siapa yang mahu ada musuh? 
tiada!! 
kalau boleh semua orang nak diri mereka di senangi, di sukai, di sayangi dsb
tapi, sebenarnya.. dalam kita tak sedar
kawan kita itulah sebenarnya musuh kita
istilah kawan-makan-kawan, bukanlah bermaksud kawan kita tu kanibal orangnya sehingga makan daging manusia!
istilah talam-dua-muka, lebih menjurus kepada sifat rakan kita itu. yang pandai bermuka-muka
dengan kita, semua dia puji
belakang kita? habis semua di kutuk, keji dan aib kita pun disingkapnya!
sebut pasa aib, sila baca entri yang lalu.. di sini!

Sumber Gambar [ sini ]
kita sebenarnya tak sedar, siapa sebenarnya musuh kita
boleh jadi insan yang benar-benar rapat dengan kita
rakan tempat kita bertukar cerita, berkongsi suka duka
bayangkan!
seorang teman tempat kita berkongsi suka duka,
rupanya-rupanya bukanlah seperti apa yang kita bayangkan
rahsia yang kita kongsi bersama dengan dia, bukan lagi menjadi satu rahsia!
pedih! sedih! ralat! kecewa! berkecamuk semuanya kan?


Sumber Gambar [ sini ]

saya pernah melalui satu situasi,
dimana seorang teman menganggap beberapa temannya sebagai sahabat sehidup semati
sahabat saat susah senang dan erti kata lain 'soul-mate'
tapi yang anehnya, di belakang teman-teman itu, anda saling mengutuk mengumpat mengata
bila berdepan dengan teman itu, semuanya baik-baik belaka
aneh! memang sangat aneh
anda gelarkan si dia soul-mate, tapi mengapa mengumpat mengata dia pada saya?
kadang-kadang, lebih baik mempunyai musuh iaitu orang yang tidak suka akan kita
sekurang-kurangnya kita tahu apa yang tidak baiknya kita
kita tahu kelemahan kita
dan kita tahu sudut mana orang membenci kita
kerana, seorang musuh akan berani berkata-kata mengenai kita mengenai sesuatu
yang seorang teman tak sanggup nak beritahu kita
seorang musuh berkata-kata tanpa menjaga hati dan perasaan kita tapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa dia tidak bermuka-muka dan berkata manis hanya untuk menjaga hati kita.
walhal, perkara manis yang di perkatakan itu bukanlah sesuatu yang benar!

Sumber Gambar [ sini ]
syukur, alhamdulillah!
saya dikurniakan sahabat kesayangan yang tidak bermuka-muka
yang tidak hanya berkata manis demi menjaga hati saya
mereka mengatakan sesuatu yang benar walaupun kenyataan itu pahit untuk di telan
kami pernah bergaduh.. bertekak.. menengking.. naik suara..
pelbagai rencah kehidupan pernah kami lalui bersama
mereka tidak hanya berada di saat saya tersenyum dan berada di puncak
namun mereka tetap akan ada di saat saya sedang rawan dah jatuh
sama-sama mengalas beban di pundak bahu
adatlah dalam satu persahabatan,
salah faham, salah bicara, salah dengar dan sebagainya
tapi! syukur alhamdulillah..
persahabatan ini tetap utuh!

My KhaliliHanun = SahabatKesayangan

saya sedar saya tidak boleh menjadi seorang teman TERBAIK bagi anda
mustahil untuk saya menjadi seorang teman yang perfect
saya bukan seorang pendengar yang betul-betul SETIA
tapi, insya ALLAH
saya akan cuba berada di saat anda betul-betul memerlukan seseorang
untuk melepaskan lelah
walau saya tak dapat menghulurkan bantuan, setidaknya saya akan cuba meminjamkan telinga dan bahu saya..
saya cuba! insya ALLAH

you can count one me like 1 2 3, ill be there.. 
and i know that i can count on you like 4 3 2, you will be there

1 comment:

Thanks for Reading (^_^)