Sunday, 19 December 2010

hidup umpama perlumbaan

hidup ini umpama suatu perlumbaan
perlumbaan balapan
tapi bukan 800m namun berbillion kilometer
cuma yang berbeda,
perlumbaan ini punya banyak persimpangan
perlu bijak memilih laluan yang tepat
agar tiba di garisan penamat dengan selamat
namun andai kata laluan yang di ambil tersasar
usah mengeluh, kerana
kita berpeluang mengutip pengalaman di laluan itu
siapa tahu ianya kelak berguna pula
di laluan yang akan kita tempuhi nanti
dan
kenapa perlu mengalah
bila perlumbaan masih belum bermula
kita masih lagi di garisan permulaan
masih lagi sedang bersiap sedia
tembakan itu masih belum dilepaskan lagi
lalu mengapa perlu menarik diri?
Takutkah menghadapi kemungkinan
bahawa nanti bukan kita yang pertama
tiba di garisan penamat itu?
Selagi belum mencuba, mengapa perlu berundur?
Mengapa perlu menarik diri?
Walaupun kekalahan di pihak kita
namun kita telah mencuba
bukannya berputus asa
cuba sedaya upaya, agar suatu hari nanti
kemenangan di pihak kita
siapa tahu bukan?

2 comments:

  1. terus berlari dan lari kuat-kuat. kalau lelah berhenti sekejap, minum air dan kumpul semula tenaga.

    semoga berjaya !

    ReplyDelete
  2. kaki ingin terus berlari..
    namun kadang kala ianya seakan kaku..

    ReplyDelete

Thanks for Reading (^_^)