Thursday, 16 December 2010

selak sahaja lembaran baru

tutup cerita semalam
buka lembaran baru
kalau perlu
beli buku yang baru
coretkan kisah yang indah sahaja
yang lara?
campak sahaja ke bahagian prakata
kerana hanya di lembaran itu
orang kurang membaca
lembaran baru ini
penuhkan dengan riang tawa
agar yang membaca turut merasa senang dan gembira
memberikan senyuman pada insan lain
bukankah satu amalan yang mulia?
tidak perlu penulis merubah diri..
biarkan tetap menjadi seperti yang dulu..
kerna itulah adalah kamu!
tamparan yang hebat? jadikan panduan!
agar pipi tidak lagi lebam menerima tamparan seterusnya
luka di hati memang boleh diubat
tapi akan tetap meninggalkan parut
walau di lumur sedozen bio oil skali
parut itu tetap utuh! sebagai peringatan untuk meniti hari depan
persetankan apa kata mereka
bukan mereka yang menyuapkan nasi kemulut kau!
bukan mereka yang menyediakan makan pakai kau!



teruskan mencoret di lembaran yang baru itu..
sehingga buku itu penuh..
dan kalau perlu, beli sahaja buku yang baru..
buku yang lama, simpan sahaja dalam stor..
ataw mungkin, boleh dihantar ke pusat kitar semula?
satu kilo 40 sen.. ok kan!

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)