Thursday, 16 December 2010

my 'teringin' list

setiap insan kepingin untuk melakukan sesuatu
yang kadang kala unik dan antik
namun impian hanya tinggal impian
bila niat di hati tidak kesampaian
dengan harapan suatu hari nanti
ianya menjadi suatu yang realiti
tak salah bukan menyimpan angan
tak salah bukan menyulam mimpi
agar keinginan hati itu dipenuhi?

Diri ini punya beberapa teringin list
yang masih belum tertunai
dan harapkan agar ada insan di sana
yang sedang membaca itu
mampu menunaikan mimpi-mimpi ini menjadi realiti

diri ini begitu kepingin untuk ke stadium bola
menyaksikan perlawanan selangor atau malaysia
terjerit dan bersorak ria bersama penyokong lain
owhh best nye riuh rendah itu!

Diri ini begitu kepingin untuk memancing
kata orang hanya orang yang sabar sahaja
yang mampu bertahan
dan diri ini begitu teringin menguji kesabaran itu
kerana sememangnya diri ini kurang sabar
siapa tahu diri ini berjaya bawa pulang sekilo ikan!

Diri ini begitu teringin melihat sunset dan sunrise
menikmati keindahan alam
menghirup embun pagi
kerana diri ini sangat suka tidur dan tak boleh tak cukup tidur
jadi bagaimana mahu melihat matahari terbit?
Bila bangun sahaja matahari sudah meninggi?

Diri ini begitu teringin skali
duduk di tepian pantai
ditemani unggun api dan bunyi ombak
diselangi dengan petikan gitar yg bernada romantis!
Namun, diri ini tidak pandai bermain gitar
tambahan pula tidak manis berembun di dinihari

diri ini begitu teringin untuk bercuti di sebuah pulau
dimana tiada akses ke dunia luar
tiada talian internet mahupun telefon
yang ada hanya diri sendiri dan semesta
melepaskan lelah dari masalah dunia
yang kadang kala amat sarat dalam hati

diri ini ingin melihat insan disekelilingnya bahagia
walaupun dia terpaksa mengalirkan air mata
asalkan mampu mengeluarkan tawa di hati mereka
kadang kala ianya amat renyah dan agak merana
namun, andai itu boleh bikin bahagia
diri ini akan pujuk hati supaya redha

diri ini begitu teringin untuk dapatkan kembali
teratak yang pernah membahagiakan
teratak tempat dia mengenal dunia
membesar dari kanak-kanak kepada remaja
teratak yang dulu adalah harta pusaka
namun tak mampu dipertahankan oleh keluarga
teratak yang terletak di petaling jaya
punya banyak rahsia dan cerita

diri ini hanya mahukan secebis bahagia
yang kekal untuk selamanya!

1 comment:

Thanks for Reading (^_^)