Monday, 8 August 2011

Jodoh itu Misteri yang perlu di selesaikan

Jodoh kita, hanya ALLAH swt sahaja yang mengetahui
ianya adalah misteri
jatuh cinta hari ini dan putus cinta keesokkannya
semuanya telah di aturkan oleh Yang Maha Esa
dan setiap percaturan hidup yang di tentukanNya
ada sebab dan hikmah di sebaliknya

jatuh cinta dengan teman baik sendiri
jatuh cinta dengan abang ipar sendiri
jatuh cinta dengan penjual roti
jatuh cinta dengan apek kedai letrik
jatuh cinta dengan musuh lama
jatuh cinta dengan kekasih teman baik sendiri

semua itu misteri!
kadang-kadang kita tak jangka yang ianya akan terjadi
kita tak pernah duga bahawa akan jatuh cinta dengan mereka
tak pernah terlintas di hati nak punya perasaan cinta pada dia
tiba-tiba sahaja kita jatuh cinta

jatuh cinta pada manis senyumannya
jatuh cinta pada tarikan wajahnya
jatuh cinta pada ketebalan duitnya
jatuh cinta pada halus budi bicaranya
jatuh cinta pada budi pertolongannya
jatuh cinta kerana simpati
jatuh cinta kerana terhutang budi
jatuh cinta kerana sunyi
jatuh cinta kerana hanya dia yang sudi

1000 sebab boleh disenaraikan untuk menyatakan
bagaimana kita jatuh cinta
sebab kita jatuh cinta
kenapa kita jatuh cinta
dengan siapa kita jatuh cinta

jatuh cinta boleh jadi berulang kali
belum tentu dia yang kita jatuh cinta itu adalah jodoh kita
jodoh masih misteri!
barangkali hari ini kita merasakan dia jodoh kita
esok lusa, setahun dua, sedekad dua..
kasih yang di taut putus di tengah jalan.. masih lagikah dia jodoh kita?
mungkin ya.. jodoh yang hanya sementara!

jodoh itu misteri..
ditentukan oleh Yang Maha Esa..
setiap yang terjadi di langit dan di bumi ini, adalah ketentuan-Nya
maka,
pada DIA lah kita pinta yang sebaiknya
agar di kurniakan jodoh yang baik untuk Agama, Kehidupan dan Masa Depan
jatuh cinta pada DIA dahulu, barulah pinta DIA jatuhkan cinta kau pada jodoh kau di dunia,

jodoh itu,
bagi aku... masih misteri!

2 comments:

Thanks for Reading (^_^)