punya banyak lompong kosong
penuh dengan kekurangan yang cuba di tampal
kelakuan yang renyah untuk di duga
itu aku!
sudah banyak kesan robek
dikutip dan disulam semula
kain perca di ambil untuk menutup segala cela!
rapuh dan mudah pecah
itu hati aku!
menjadi yang terbaik
wanita yang sempurna
sentiasa ada
sering mendengar
tak pernah bosan berjumpa
itu bukan janji aku!
setia
menerima seadanya
susah senang bersama (insya ALLAH)
sayang selamanya
itu janji aku!
.
.
.
.
.
aku tidak mungkin menjadi wanita yang sempurna.
yang perfect tanpa sebarang cela.
yang tidak pernah membuat onar dan dosa
yang tidak pernah berbicara dusta
yang santun bila berbicara
yang gemalai tata susilanya
tidak!
amat mustahil aku menjadi seperti itu
aku kenal diri aku dan aku tidak perlu bermuka-muka
"Nasihatiku di kala kita hanya berdua. Jangan meluruskanku di tengah ramai. Kerana nasihat di depan banyak manusia itu terasa bagai hinaan yg membuat hatiku luka." -Imam Syafi'e.
ayat superb!
ReplyDeleteterima kasih.. saya budak baru belajar.. hanya menulis apa yg tersurat di dalam hati.. =)
ReplyDelete