Wednesday, 24 August 2011

Day #22


30 Days Challenge - refer it here

Day 22 – A Letter To Someone Who Has Hurt You Recently.
******************************************************

To Whom It May Concern, 

kau guris hatiku
kau lukai hatiku
tak pe.. aku maafkan!
mungkin aku sukar nak melupakan
mungkin aku kadangkala masih berdendam
tapi antara kita, sudah ku letakkan tanda noktah. 
tiada penyambungan ayat lagi. 

pernah suatu ketika kita menyusuri suatu waktu yang indah
pernah suatu ketika kita menyulam senyum bahagia bersama
pernah suatu ketika dulu kita punya sebahagian hati masing-masing
tapi itu semua untuk suatu ketika dulu.. 
yang telah aku letakkan tanda noktah. 
tiada penyambungan ayat lagi.

bersama aku masa seakan lambat berlalu
bersama dia masa seakan cepat berlalu
bersama aku kau datang membawa duka
bersama dia kau bebas gelak ketawa
aku teman di kala susah
dia teman di kala senang
kau senyum bahagia
aku berendam air mata

aku tidak sempurna di mata kau. 
masih lagi belum cukup hebat berada di sisi kau
lantaran itu, semakin hari kita semakin jauh
benar kau yang pertama, 
tapi aku letakkan tanda koma di situ
dengan penyambungan ayat
'kau bukan yang terakhir'
dan untuk itu, aku pula yang senyum bahagia!

terima kasih kerana menyakiti hati aku
terima kasih kerana melukai hati aku
terima kasih kerana mengkhianti cinta suci aku
terima kasih!
disebabkan itu, aku belajar menerima dengan redha
disebabkan itu, aku mula menghargai cinta
disebabkan itu, kini aku mula senyum bahagia

meski sepuluh tahun telah berlalu
kau takkan pernah aku lupa
sebab luka yang kau tinggalkan telah berparut kekal!
benar aku telah memaafkan
tapi aku sukar melupakan!
tambahan lagi, kau yang pertama bukan?

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)