30 Days Challenge - refer it here
Day 8 — Your Dream Wedding
*****************************************************************
Akad Nikah
saya mahu di akadkan sendiri oleh abah saya. tidak mahu pak imam atau tok kadi yang tolong akadkan.. upacara akad nikah tak kesah la nak buat kat masjid or just di rumah sahaja. tapi memandangkan rumah saya yang sempit untuk memuatkan puluhan orang datang, maka mungkin akan di buat di masjid sahaja nanti.. dan
Sanding
saya mahu pakai warna Royal Yellow, barulah namanya raja sehari! dan menjadi kelebihan untuk saya yang berkulit sederhana cerah ni, so warna royal yellow tersangatlah masuk dengan saya kan!! bertanbah anggun kalau memakai songket yang bewarna kuning diraja ini. tapi sudah pasti, ianya amat sukar untuk di cari!
Tema
tidak pernah meletakkan apa-apa tema mahupun warna tema.. tapi pernahlah berangan nak buat warna tema-pelangi!! mesti meriah kan!! haha.. tapi nanti jadi macam badut la pulak kan.. tapi bila pikir-pikir balik, ok gak ape.. nanti saya pakai warna putih je.. so warna pelangi yang 7 warna tu suh family saya je yang pakai.. ibu dan abah pakai warna merah, abang pakai warna jingga, angah's family pakai warna kuning, alang's family pakai warna hijau, alin pakai warna biru, adik pakai warna nila and bebudak KH pakai warna ungu!.. wahahaha.. meriah ko majlis aku nanti kalau bergambo!!
hantaran
pernah la berangan-angan untuk tidak mahu menyusahkan bakal suami nanti.. tidak mahu la mintak duit hantaran yang tidak munasabah akalnye.. nanti kang sampai terpaksa bergolok gadai sebab nak kawen.. pastu kehidupan lepas kawen lak yang terumbang ambing.. hanya mahu meminta hantaran berupa senaskah al-quran sahaja.. tapi duit belanja kawen semua dia yang uruskan.. i pasang badan je.. miahahaha~ kemudian untuk dulang hantaran, cukuplah hanya 5 dulang sahaja.. dan setiap dulang hantaran itu berupa (1)tepak sireh, (2) kereta, (3) rumah, (4) simpanan asb dan (5) insurans nyawa... gila berangan macam nak kawen dengan anak tan sri je kan!
" but as overall, my dream wedding, it should be simple but remembrance"
i loike!!!
ReplyDeletethee hee hee.. me loike it too~
ReplyDelete