Wednesday, 31 August 2011

Day #28

30 Days Challenge - refer it here

Day 28 – In This Past Month, What Have You Learned.
******************************************************

I've learned that,

- you cant easily get what you want
- sometimes you didnt need what you want and you didnt want what you need
- there will be lots of obstacles to received an eternity hapiness
- you will always hurt your beloved person
- you cant never satisfied everyone at the same times
- evrythings need money!
- patience is the hardest thing to achieve!
- just be happy with your life
- people will talk and assume everything, ignore it if you on the right track!

Salam Eid Ul-Ftr 2011


10 jari disusun mohon ampun dan maaf untuk semua
Salah laku
Salah kata
Salah faham
Salah dengar
Salah anggap
Salah tanya
Salah jawab
Dan semua jenis salah

Saya insan biasa yang sering membuat salah silap, mengumpat mengata, mengomel dan sebagainya..

Buat keluarga tersayang,
Terima kasih untuk segalanya serta sering berada disisi senantiasa

Buat sahabat kesayangan,
Saya bertuah kerana mempunyai kalian sebagai sahabat terutama di saat saya susah

Buat Diyanah Amin,
I always know that i can always count on u no matter in what situation

Buat guru, lecturer, supervisor dan yg pernah mendidik/mengajarku,
Terima kasih di atas ilmu yang telah dicurahkan, insya Allah akan digunapakai selagi hayat dikandung badan (tu pon kalau tak terlupa la)

Buat teman taulan serta sahabat handai,
Maaf atas segala kekurangan sepanjang persahabatan ini

Buat bekas kekasih,
Terima kasih pernah untuk satu saat mengembirakan saya dan terima kasih atas luka yg diberi. Maaf kerana anda tidak bahagia dgn saya dan semoga bahagia dgn jalan yang dipilih

Buat Arjuna Hati,
Terima kasih kerana membiarkan saya mengulum senyum bahagia senantiasa. Semoga hubungan ini diredhai Yang Maha Esa!

SALAM AILDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN



Tuesday, 30 August 2011

Day #27


30 Days Challenge - refer it here

Day 27- What Kind Of Person Who Attract You
******************************************************

1. the one who really had a GOOD body odor! the choice of the perfume really attract me! definitely will fall in love dengan sesiapa yang pakai perfume Swiss Army for Men and Paco Rabanne Ultraviolet! gosh!


 
2. if u are guy, and anda punya bibir yang merah! hellyeayh!! u will got my attention! that was the first thing yang saya akan lihat di wajah seorang jejaka!

hensem kan lelaki berbibir pink! gosh!
3. the next thing, matanye!! dari mata turun ke hati kan.. and saya suka mata yang kuyu and redup pandangan matanya. like this one..;

falling in love with his eyes! haha..
luluh jantung kalau dia menatap ke mataku dengan pandangan begini!

4. sebenarnya.. saya suka lelaki yang botak.. tapi bukan botak licin! tapi macam ni.. 

owh David Beckham.. tp saya tak minat awak pon!
saya cuma suke pale awak tu je!
5. saya akan tertarik dengan jenis family-type person.. yang mana family-come-first no matter what happen! penuh dengan sifat tanggungjawab dan keprihatinan yang tinggi.. serta sifat caring yang tidak megongkong! owh yes!! u attract me!


Sunday, 28 August 2011

Day #26


30 Days Challenge - refer it here

Day 26- A Photo of Somewhere You Want To Go
******************************************************

Lake Toba, Indonesia

Krabi Island, Thailand

Pulau Sipadan, Sabah, Malaysia

i am a beach-lover
bunyi deruan angin dan ombak serta bau air laut sangat mengasyikkan
bertambah perfect if ada sunset/sunrise

and.
i wish that i can go here

Mecca-The-Holy-Land

Saturday, 27 August 2011

Day #25


30 Days Challenge - refer it here

Day 25- Who Are You
******************************************************

1. given name : Ai'da Fazihrah Nazri. it stated on my IC, License, Bank Acc, and etc.. Family members called me Ateh.Tapi Pak Long saya panggil saya Agung.. and Nenek sedara saya panggil Fazira! Sometimes bonda called me Tigger.. .. friends called me Aida and sometimes they cut it short by calling me Da.. but sometimes they call me Edah.. Diyanah Amin like to call me Montel.. and the montel nick name was give by my senior who has a same name with my Abah. Someone used to called me Mei which is Tomei.. (hahaha.. funny!) and someone call me syg. (lalalala~)

2. i am a daughter to Siti Juanita Hashim and Nazri Hamid, a student to Universiti Teknologi MARA (still on),  employee of Sky Blue Media Sdn Bhd, owner of WTS even im using WTA!

3. lahir pada 4 Julai. yes! sama tarikh dgn independence day of US. masa lahir dulu berat 3.5kg.. sekarang? lebih 15 kali ganda! humanggg aihh.. gemok betol!

nak tahu siapa saya.. jom berkenalan! haha

Friday, 26 August 2011

Home Made Raya Cookies

tahun ni tetiba mood tengah rajin nak buat biskut raya.. tahun-tahun sebelum ni pon rajin jugak.. tapi usually tahun-tahun sebelum ni buat dekat umah family.. and selalunya akan buat kuih samperit, kuih gunting, kuih siput, cornflase madu, cornflakes coklat and biskut suji arab.. tapi itu semua, bonda saya yang bancuhkan adunannya.. saya tolong gentel-gentel and bakarkan je! hehe..

but, tahun ni terasa nak buat choc chips (resipi Along Awin kakak kepada Diyanah Amin).. sebelum ni pernah juga buat.. 1st attempt was in 2007 if tak silap.. berjaya buat dengan sukses (even rasa tak sesedap along awin! -___- ).. then the next year, buat lagi sebab abang request.. tapi tak menjadi.. tak tahu kenapa! sebab main tokok tambah sesuka hati kot! haha.. tahun seterusnya pergi menginovasikan lagi choc  chip tu, terus jadi muffin (bak kata Diyanah Amin).. hahaha.. memang betul2 looser time tu.. terus merajuk tak nak buat dah.. hahaha.. so tahun ni, rajuk di hati dah berkurangan, tu yang buat balik! and alhamdulillah, sukses lagi.. walaupon still tak sama macam bancuhan along awin! (ni mesti ada secret recipe yang tak bagi taw saya ni!!) hahaha

then, bila mood rajin terlebih.. saje la tanya Diyanah Amin.. "ko rasa nak makan kuih apa, jom buat!".. then dia cakap nak tart nenas! saya pon kata la OK je.. then dia cakap tak de bahan la.. itu la.. and saya google aje! teknologi di hujung jari kan! dan akhirnya saya cakap, alaaa.. senang je bahan-bahan dia.. so then, beli barang-barang dia and buat! 1st time bancuhan tepung dia tak jadi.. and kita orang sedekah kat Mr Tong.. second time buat, macam jadi.. and try bakar satu.. bila dah siap bakar, rasanya!! humangg aihhh.. sedapnyeeeee... (biarlah nak puji diri sendiri pon!) haha.. sungguh tak tipu! sedap!! bertambah sedap sebab jem tart tu pon kita orang buat sendiri.. tak main la instant-instant ni.. ececeh..


tadaaa~ hasil home made biskut raya saya.. yang gambar tart nenas tu belum di bakar lagi.. sebab tu dia pucat sket.. along awin cakap choc chip saya sangat licin.. sebab dia punya tak licin cenghitu! hua hua hua..

nak resipi dia? boleh... tiada masalah... rm500 satu resipi.. nak?

Day #24


30 Days Challenge - refer it here

Day 24 - A Photo of Something That Means A Lot To You
******************************************************


something means a thing
but currently i dont know what is the 'thing' that means a lot to me
if someone, it will surely be my family
*i am a family-type person*

things that mean a lot for me at this moment
MIGHT be my Precious Stuff
given by someone with full of love

-gold bracelet from mom and brother-
-fossil watch from my besties-
-mr moncet teddy bear which i bought on 1998 - my 1st stuffed toys-
-my WTA!-

ok done! but no picture sebab malas nak upload!

Thursday, 25 August 2011

Day #23

30 Days Challenge - refer it here

Day 23 - 15 Facts About You
******************************************************

1. saya seorang yang sangat cerewet. kadangkala juga orang akan merasa sangat annoying dengan sifat cerewet saya itu. nak buat camne. saya perempuan! hahaha (tade kena mengena kan?)

2. saya seorang yang sangat manja! tapi dengan certain-certain orang yang terpilih sahaja. bak kata Diyanah Amin saya sangat manja bila saya sakit.. erks.. ada ke? tak de la.. mane ada.. saya tough la!

3. saya gayat orangnya! (padahal tadi kata tough!) owh saya paling gayat naik jejantas! tapi saya berani gila lintas jalan time kereta tengah banyak.. sebabnya.. saya bayangkan kalau saya naik jejantas tu, nanti jejantas tu roboh (macam la gemok sangat kan!! ok fine! mmg gemok!).. bila jejantas tu dah roboh nanti saya jatuh kena langgar dengan keta yang laju kat bawah tu.. (mood final destination sudah mari!) haha

4. jangan membebel kat saya! saya kurang gemar.. hadoii la.. penderaan mental tau kalau kena bebel.. tapi saya suka membebel.. tapi tak suka dengan orang membebel.. camne tu? eyh! nama ruangan ni pon, bebelanku kan!

5. saya sangat garang! saya sangat cengil.. saya panas baran.. saya kurang sabar.. kesemuanya di rangkum menjadi satu, hasilnya sungguh tidak baik kan? bak kata abah saya, "darah bugis + bentan dah ada dalam tu.. memang tak boleh nak buat apa laa.. " hohohohoh... walaupon garang, hati saya sensitif taw! emo lebih~

6. saya tak berfikir dua benda serentak.. dan saya tak reti nak fikir dua kali.. haha.. ada perbezaan di kedua ayat tersebut.. Kalau saya tengah buat something tu, saya tak boleh buat benda lain.. in short, im not a multi tasking person!.. lain la kalau sambil lipat baju sambil basuh basju kat mesin.. itu boleh la.. ni sambil makan sambil tido.. camne tu? haha.. dan juga saya malas nak pikir dua kali sebelum buat something.. maen sekudal je nak buat ape ponn..

7. saya suka makan.. tapi saya banyak benda yang tak makan.. saya tak makan benda yang lembik-lembik.. yang bersusu.. saya tak makan udang dan ketam.. saya tak makan benda yang saya rasa pelik-pelik.. tapi saya suka makan dan makan dan makan dan makan.. (ok! sebab tu saya gemok dan gemok dan gemok dan gemok!)

8. saya suka beli gadget! kawan saya di Odiey pernah bilang sama saya yang saya ni manusia gadget.. itu pon sebab masa keluar dengan dia saya guna GPS, SmarTag dan sebagainya.. (tapi tu kan keperluan!!) haha.. pastu hari tu dia membebel kat saya beli saya ada smart phone, dslr dan juga ipad2.. tapi saya guna smart phone n ipad2 tu utk maen game je.. dan bukan saya yang main pon! anak2 buah den yang maenn..

9. saya tak suka window shopping! ok.. saya gadis yang pelik.. gadis mana yang tak suka window shopping tu? bagi saya window shopping itu penat dan lelah! saya tak suka la nak survey2 dulu baru nak beli.. (online shopping di kecualikan sebab tak penat jalan pon!).. kalau dah berkenan, saya terus amek dan bayar je.. kalau dah tau tak de duit, tak payah gatal2 nak shopping.. duduk je dendiam.. nak pulak saya ni jenis yang cerewet!

10. saya anak no empat.. saya ada abang, kakak, adik lelaki dan adik pompuan! owh.. lengkap kan? tapi kakak dan adik saya cakap saya anak kesayangan bonda saya! Diyanah Amin pon cakap begitu! eyh!! mana ada saya anak kesayangan.. bonda saya kata, beliau sayang anaknya semua sama rata taw! mereka cakap saya anak kesayangan sebab apa yang saya nak, insya ALLAH dapat.. ( tu namanya rezeki la!!)

11. sekeping di hati di bawa berlari~ (mood nyanyi lagu nasyid.. ).. saya punya sekeping hati yang rupanya dah tak macam hati dah.. banyak kesan robek, luka dan penuh calar balar.. sebab saya jenis yang tak pandai nak jaga hati sendiri.. (hati orang pon saya tak pandai jaga jugak!).. tapi sekarang, sekeping hati saya itu sudah di bawa berlari.. sudah diculik someone! siapa pencuri itu?????????

12. saya ada beberapa kawan baik.. tapi kawan baik yang palingggg saya sayang ialah... jeng jeng jeng.... --->Diyanah Amin <-----... ntah kenapa ntah dia ni punya privillege yang lebih sket dari yang len!.. mungkin sebab dia suka manjakan saya.. atau mungkin juga sebab dia berjaya mengemokkan saya sehingga membiarkan dia seorang yang kurus.. erm.. mungkin juga sebab dia selalu ada saat saya jatuh dan tersungkur.. mungkin!

13. saya seorang yang sangattttt gedik! sungguh! hahaha.. sebab bila saya cakap-cakap je.. mesti orang akan cakap "ahh.. gedik la ko.." atau pon,.. " toksah nak mengedik..".. mana ada saya gedik pon.. cuma saya suka terkinja-kinja... seperti kata Diyanah Amin (dia lagii.. hishh.. tak de orang len ke yang nak komen pasal saya? ), saya ni seorang yang 'attention seeker'.. suka benar tarik perhatian orang laen.. dengan cara gelak kuat-kuat.. ye ke? mane ada la!!

14. saya mandi dalam kadar yang sunggu segera! saya tak suka nak berlama-lama dalam bilik air tu.. sungguh, saya tak paham apa yang orang buat dalam bilik tu lama-lama.. saya masuk bilik air untuk mandi, kurang daripada 5 minit! sungguh! hepp.. tapi saya mandi bersih taw.. cukup sabun, gosok gigi, basuh muka, basuh segala macam.. saya wangi taw! pastu saya tak suka lap badan kering-kering lepas mandi! hahaha..

15. serius penat nak fikir 15 fakta mengenai saya ni.. saya dah mula nak merapu-rapu dah ni.. so untuk yang terakhir ini.. satu fakta mengenai saya ialah, saya pendek dan montel! jangan cakap banyak-banyak kali depan saya.. nanti saya murka!!

Wednesday, 24 August 2011

Day #22


30 Days Challenge - refer it here

Day 22 – A Letter To Someone Who Has Hurt You Recently.
******************************************************

To Whom It May Concern, 

kau guris hatiku
kau lukai hatiku
tak pe.. aku maafkan!
mungkin aku sukar nak melupakan
mungkin aku kadangkala masih berdendam
tapi antara kita, sudah ku letakkan tanda noktah. 
tiada penyambungan ayat lagi. 

pernah suatu ketika kita menyusuri suatu waktu yang indah
pernah suatu ketika kita menyulam senyum bahagia bersama
pernah suatu ketika dulu kita punya sebahagian hati masing-masing
tapi itu semua untuk suatu ketika dulu.. 
yang telah aku letakkan tanda noktah. 
tiada penyambungan ayat lagi.

bersama aku masa seakan lambat berlalu
bersama dia masa seakan cepat berlalu
bersama aku kau datang membawa duka
bersama dia kau bebas gelak ketawa
aku teman di kala susah
dia teman di kala senang
kau senyum bahagia
aku berendam air mata

aku tidak sempurna di mata kau. 
masih lagi belum cukup hebat berada di sisi kau
lantaran itu, semakin hari kita semakin jauh
benar kau yang pertama, 
tapi aku letakkan tanda koma di situ
dengan penyambungan ayat
'kau bukan yang terakhir'
dan untuk itu, aku pula yang senyum bahagia!

terima kasih kerana menyakiti hati aku
terima kasih kerana melukai hati aku
terima kasih kerana mengkhianti cinta suci aku
terima kasih!
disebabkan itu, aku belajar menerima dengan redha
disebabkan itu, aku mula menghargai cinta
disebabkan itu, kini aku mula senyum bahagia

meski sepuluh tahun telah berlalu
kau takkan pernah aku lupa
sebab luka yang kau tinggalkan telah berparut kekal!
benar aku telah memaafkan
tapi aku sukar melupakan!
tambahan lagi, kau yang pertama bukan?

Tuesday, 23 August 2011

Day #21

30 Days Challenge - refer it here

Day 21 – A photo of something that makes you happy.
******************************************************

My Happy Go Lucky Family
My Khalili Hanun - Sahabat Kesayangan

they make me happy
im lucky to have them!


Monday, 22 August 2011

Mudah Memaafkan Tapi Sukar Melupakan

Allah swt itu memang Maha Adil
setiap yang belaku ada pembalasannya
buat baik di balas dengan kebaikan
kau buat jahat? nantikan sahaja natijahnya!

ingat lagi apa yang kau buat pada aku?
ingat lagi bagaimana robeknya hati aku kau carikkan?
ingat lagi betapa terlukanya aku dengan kelakuan kau?
ingat lagi betapa kerdilnya aku kau perlakukan?
ingat ke tidak?

barangkali kau alpa
barangkali kau tak peduli
barangkali kau tak endah
barangkali kau tidak mahu ingat langsung
sebab
aku bagi kau bukan siapa-siapa kan!

dan sekarang, pembalasan telah kau terima
bulan ramadhan bulan mulia
doa orang teraniaya, insya ALLAH di perkenankan
bukan aku seorang kan yang kau aniaya?
tunggu dan lihat sahajalah kebesaran ILLAHI nanti

aku mungkin sudah memaafkan kau
tapi jujur kata dari aku
aku tidak memaafkan kau sepenuhnya
sebab kau pun tidak pernah mohon ampun dan maaf dari aku
untuk setiap apa yang kau dah lakukan!
tapi, sila ingat kemas-kemas kata-kata akhir aku ini
AKU TIDAK AKAN PERNAH LUPAKAN
setiap apa yang kau lakukan!


p/s: nak kata aku berdendam? silakan! aku tiada masalah untuk mulut longkang seperti kau nak berbicara buruk mengenai aku!

Day #20

30 Days Challenge - refer it here

Day 20 – The Meaning Behind Your Blog Name.
******************************************************

http://aidafazihrah.blogspot.com

my full name
as stated on my birth cert, ic, driving license, banks acc and etc
hellyeayh! im proud of my name


♥ bebelanku ♥

coretan yang terhasil oleh minda
saya suka membebel
mengomel apa sahaja di dalam hati
kadang-kadang saya membebel benda yang ntah apa-apa
kadang-kadang saya berbicara tanpa berfikir dua
ini ruangan saya, biarkan saya dengan cara saya!

Sunday, 21 August 2011

Day #19

30 Days Challenge - refer it here

Day 19 – A Picture of Something You Want To Do Before You Die
******************************************************





her SMILE
i want to keep it on her face
until my last breath
- insya ALLAH -

Saturday, 20 August 2011

Day #18

30 Days Challenge - refer it here

Day 18 - 5 things that irritate ME about opposite/same sext
******************************************************

1. Body Odor / Bau Badan
maaf! ianya memang merupakan perkara utama yang sangat irritate me about someone! hidung saya memang sangat sensitif dengan bau-bau sebegini. Bayangkan, pergi kedai mamak.. tengah order makanan, skali ane tu nak panggil member dia.. dia angkat tangan, skali semerbakkk bau haruman keluar dari ketiak dia.. hadoiii! terbantut niat nak menjamu selera! tak pun, masa nak naik public transport! berasak-asak dengan pelbagai aroma esp. masa peak hours! maaf! cakap la saya demand ke, materialistik ke, gedik ke atau apa sahaja.. saya memang tak suka naik public transport sebab masalah ini la! sekian!

2. Hipokrit
yang ni pun masalah juga ni. awak cakap macam itu, macam ini.. bla bla bla.. pompang sana sini.. tapi in the end, apa yang di cakapkan tu tak buat juga. yang paling pathethic sekali bila menjadi talam dua muka. tak suka dengan si A.. tapi pergi mengumpat pasal si A dekat si B. segala cerita buruk si A, awak ceritakan. habis aib si A awak bukakan.. dah puas bercerita, depan-depan si A awak puji dia melambung-lambung. kononnya si A ni lah kawan sehidup semati.. kawan sejati dan etc. itu kalau dari aspek persahabatan. tak baik jadi hipokrit ni. if tak suka cakap je terus terang. walaupun kenyataan tu pahit untuk seseorang itu terima. penipuan itu lagi pahit untuk ditelan sebab kepercayaan itu turut hilang!

3. Rajin Bertanya Malas Nak Buat
owh.. ni juga merupakan salah satu ciri-ciri yang sangat irritate me.. memang betul, malu bertanya sesat jalan.. so kenalah rajin-rajin bertanya.. tapi, "dont ask me silly question just because you dont want to tried!".. instead daripada awak bertanya, why not awak sendiri yang explore that things. try dapatkan jawapan dia sendiri.. if tak dapat, baru lah bertanya.. jangan tanya saya " macam mana nak buat ni?", "kenapa dengan ..." dan sebagainya.. mesin printer rosak? try godek2 sendiri dulu and cari punca masalah.. edit report formatting tak betol? explore la MS tu! janganlah bila tataw, terus tanya.. dengan harapan orang nak tolong buatkan untuk awak! (got the picture?)..

4. Selekeh
biar tak de rupa.. biar orang cakap muka awak macam dugong ke.. katak puru ke.. muka stok pecah rumah ke.. biarkan! itu mulut mereka! mulut orang kita tak dapat tutup kan.. plus, kita juga yang dapat pahala bila dia cakap macam tu dekat kita.. biar orang nak panggil awak gemok ke apa! (owh.. terasanye saya).. muka kita, memang kita tak boleh nak ubah kan. dah kurniaan ALLAH sebegitu! redha sahaja.. tapi!! tolonglah jangan jadi selekeh! biarlah penampilan tu bersih! penampilan tu kemas.. rambut tu biarlah di sisir rapi.. if bagi lelaki nak berambut panjang pun, terpulang pada anda.. tapi biarlah kemas. janganlah di biarkan mengerbang macam band rock macam tu. even muka tu berjerawat sekali pun, biarlah bebas minyak. janggut tu shave la elok-elok. kot ye pon nak simpan, jaga lah elok2.. janganlah biar serabut macam orang orang mati bini.. A Samad Said tu, even berjanggut panjang, kan ke kemas dia jaga janggutnya tu.. bila penampilan awak bersih dan kemas, barulah keyakinan diri tu ada. tak ada lah rasa rendah diri sangat! kalau diri sendiri tak tahu macam mana nak jaga, macam mana nak yakinkan pada orang lain yang awak boleh jaga bini/laki nanti?

5. Bau Mulut
aiyayayai~... ni pon pening gak ni! masalah bau mulut ni selalunya sebab ada kaviti gigi atau gigi berlubang. tu yang kadang-kadang ada masalah bau mulut. untuk yang smoke pon, kadang-kadang ada juga masalah bau mulut ni. kalau anda berpuasa, ianya di maafkan dan juga di kecualikan!. bau mulut ni betul-betul boleh buat saya turn off la! kalau muka cantik / handsome sekalipun, bila bercakap ada bau yang kurang menyenangkan, alamatnye, you cakap sorang-sorang je la! nak-nak saya yang jenis transparent ni, memang riak muka kurang senang tu senang je terpamer! so, if sesiapa yang ada masalah ni, pergilah dentist cepat-cepat!


ok! dah cukup 5. nak senarai banyak-banyak saya ni pon bukan perfect. and i do admit, ada certain things of me yang irritate others juga. biasalah, no body perfect kan! but, we learn to be better each day!

**kadang-kadang bila ada orang tegur kelaluan buruk kita tu, janganlah melenting! memang sakit bila di tegur.. rasa macam diri tu down and hina sangat kadang-kadang kan! tapi, bila di tegur tu, cuba diam sejenak and coolkan diri tu. muhasabah diri and try to take on a bright side. orang tegur sebab orang sayang kita kan! sebab orang nak tengok kita being better! orang tak nak kita di umpat orang!

**sayangkan anak, tangan-tangankan! sayangkan seseorang, tegur-tegurkan!

**tapi pada yang nak menegur tu, tegurlah secara berhemah! bukan dengan mengkritik di khalayak ramai.. pendekatan yang lembut lebih berkesan!

Friday, 19 August 2011

Day #17

30 Days Challenge - refer it here

Day 17 - How you hope your future will be like.
******************************************************


mahu sentiasa senyum
senyum lebar lebar sampai ke telinga
senyum senantiasa agar tiada duka yang boleh tembus
senyum sehingga orang mengatakan aku gila
sebab dengan senyuman,
orang yang melihat juga akan turut tersenyum
orang yang melihat akan terasa tenang

harta benda dan paras rupa tidak kekal selamnya
my future, ku harap aku sentiasa bahagia!



p/s: proses merawat luka di hati sendiri adalah suatu proses yang sangat renyah. perlukan masa yang bukan sedikit dan kesabaran yang bukannya tipis. 

Thursday, 18 August 2011

Jangan di Tangisi apa Yang Bukan Milikmu

resam kehidupan seharian
punya kehendak serta keigininan yang pelbagai
dan kadangkala kehendak mengaburi keperluan
tapi kadangkala, kita juga alpa
tidak semua yang kita inginkan akan kita genggam

lalu
meratapi, menangisi, serta berkeluh kesah
tertanya-tanya mengapa ianya bukan milik kita?
mengapa ianya tidak di takdirkan untuk kita?
sehingga kita alpa pada ketentuan DIA, Yang MAHA Kuasa
sehingga kita alpa pada qada' dan qadarnya.
istighfar! mohon ianya di jauhkan daripada aku!

hidup tak seringnya indah
kadangkala kita perlu menangis untuk mengetahui hidup bukan sekadar untuk ketawa
dan kadangkala kita perlu ketawa untuk menilai bertapa mahalnya setitis air mata
tak semua yang kita hendak dan perlukan itu adalah yang terbaik untuk kita
pasti ada hikmah sekiranya ia bukan ditakdirkan untuk kita
sabar dan bersifat redhalah!

tidak! bukan soal hati dan perasaan yang menjadi tunjang utama sahaja
gagal mendapatkan pekerjaan
gagal dalam peperiksaan
gagal dalam perhubungan sesama insan
gagal dalam perniagaan
dan pelbagai lagi..
sekiranya ianya bukan ditakdirkan untuk kita, usahlah menangis dan berkeluh kesah!

pasti kau pernah dengar bukan,
"Allah turunkan hujan di waktu tengah hari untuk menghadiahkan kita pelangi,
dan Dia berikan kita ulat beluncas yang mana suatu hari nanti bertukar menjadi rama-rama indah"
caturan DIA sangat hebat bukan?
tak semua yang kita nak akan kita perolehi,
kadang kala dia berikan dalam bentuk yang berbeza untuk kita lebih menghargai
sabarlah! jangan di tangisi apa yang bukan milikmu..

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


p/s: pernah suatu ketika dahulu, aku meratapi sesuatu yang luput dari gengamanku. Saat itu, memang aku rasakan seperti sudah kurangnya keimanan di dalam hati. Menangisi dan meratapi sesuatu yang bukan lagi milik aku. Pada DIA, Keluarga dan Teman aku bersandar untuk kembali pulih. Dan saat ini, aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada DIA kerana meluputkan ia dari genggamanku suatu ketika dahulu dan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih bermakna untuk masa hadapanku. Sesungguhnya, setiap yang terjadi pada kehidupanku dahulu, punya hikmah untuk aku teruskan kehidupanku sekarang. 


Setiap yang berlaku adalah melalui ketentuan-Nya. Maka, pohonlah dari DIA. Insya ALLAH, DIA mendengar setiap rintihan dan keluh kesah hamba-Nya. 

Day #16

30 Days Challenge - refer it here

Day 16 - Short term goals for this month and why
******************************************************

Goals :


Why:


Wednesday, 17 August 2011

Day #15

30 Days Challenge - refer it here

Day 15 - Something you don’t leave the house without.
******************************************************

hidung saya sensitif terhadap bau badan!
body odor can really attract / distract me
good smells = bikin saya jatuh chenta
bad smells = bikin saya tambah dosa kutuk awak!
disebabkan itu, saya juga akan berusaha memastikan saya bebas dari bau badan yang tidak menyenangkan hidung ini.. maka dengan itu,

i wont the leave house without!

serius!! wangi gile~


dah tak jumpa menda ni dijual! frust!!

Tuesday, 16 August 2011

bukan mudah untuk melentur buluh

tidak sempurna
punya banyak lompong kosong
penuh dengan kekurangan yang cuba di tampal
kelakuan yang renyah untuk di duga
itu aku!

sudah banyak kesan robek
dikutip dan disulam semula
kain perca di ambil untuk menutup segala cela!
rapuh dan mudah pecah
itu hati aku!

menjadi yang terbaik
wanita yang sempurna
sentiasa ada
sering mendengar
tak pernah bosan berjumpa
itu bukan janji aku!

setia
menerima seadanya
susah senang bersama (insya ALLAH)
sayang selamanya
itu janji aku!

.
.
.
.
.

aku tidak mungkin menjadi wanita yang sempurna.
yang perfect tanpa sebarang cela.
yang tidak pernah membuat onar dan dosa
yang tidak pernah berbicara dusta
yang santun bila berbicara
yang gemalai tata susilanya
tidak!
amat mustahil aku menjadi seperti itu
aku kenal diri aku dan aku tidak perlu bermuka-muka


‎"Nasihatiku di kala kita hanya berdua. Jangan meluruskanku di tengah ramai. Kerana nasihat di depan banyak manusia itu terasa bagai hinaan yg membuat hatiku luka." -Imam Syafi'e.

Day #14

30 Days Challenge - refer it here

Day 14 - A TV show you’re currently addicted to.
******************************************************


and

belum start.. tapi dah addicted... boleh tak?

Monday, 15 August 2011

Day #13

30 Days Challenge - refer it here

Day 13 - A picture of your favorite band or artist
******************************************************

superhero ku = Faizal Tahir
(jadi bias.. semua lagu dia menjadi kegemaran!)


tak pernah bosan mendengar
"Yesterday Once More and Close To You"

sangat fall in love dengan lagu
"Come Away with Me & Love Me Tender Love Me Sweet"

fav song, of course!
"yesterday"

sering keep on repeat lagu beliau
"Spider Web, Nine Million Bicycles, If I Were A Sailboat, Piece by Piece"

dia handsome and his cover version is awesome! especially
"Jar of Hearts and Hold It Against Me"


p/s : nak kata saya oldies? silakan.. tiada masalah dengan itu.. saya memang lebih gemar mendengan Lite FM berbanding Hitz FM. jiwa saya sememangnga sentimentol! =)

Sunday, 14 August 2011

Day #12


30 Days Challenge - refer it here

Day 12 — Your current relationship, if single discuss how single life is.
******************************************************

Relationship Status ?

belum berkahwin = single
masih kepunyaan rasmi ibubapa = single
tiada couple untuk masa sekarang = single
belum ada komitment 'bekeluarga' = single

current relationship =

single = boleh ber mingle dengan sesiapa
single = tiada komitment yang perlu di jaga
single = yes!! scandal di sini sana
single = ber leisure senantiasa
single = no heart break 
single = no tears drop on your face




Saturday, 13 August 2011

Day #11



30 Days Challenge - refer it here

Day 11 — A picture of your favorite memory.
******************************************************


one happy family at home!
they are my strength!
they are my priority!

Friday, 12 August 2011

Betullah kata orang, lelaki dan perempuan mana boleh jadi kawan baik. Kan?


Berikut ialah artikel kiriman e-mail pembaca yang bernama Norashimah Norkamal. Sebuah artikel ringkas yang menarik untuk di baca. Kirimkan artikel anda yang menarik kepada kami di terfaktab@gmail.com . Terima kasih kepada Norashimah Norkamal atas kiriman artikel yang di hantar. :)


Orang kata dengan menulis tu dapat menenangkan hati yang lara kan? Aku ada kisah cinta pendek yang aku rasa layak diluah dan dibaca umum.

Seorang lelaki separuh gila. Dua bulan, rasanya. Dia sangat annoying dengan perangai yang sangat menjengkelkan. Setiap hari dia cuba untuk rapat. Tapi aku balas dengan jelingan.

Tapi at last we meet up and know each other at last because of satu incident. Orang kata jangan terlalu benci sebab nanti jadi sayang kan? Dan inilah keadaan aku sekarang. Aku tahu dia cuba. Cuba menarik perhatian. Aku biarkan tanda jual mahal. Tapi lama kelamaan aku layankan di satu meja makan. Tukar nombor itu biasa kan? Aku tahu dia tidak akan tunggu lama. Dan tekaan aku tepat.

Malam pertama sms bagai orang gila. Dia gila! Tapi aku jumpa diri aku dalam dia. Fuck. Aku jadi selesa dengan dia sebab dia gila. Cakaplah apa saja pun, semuanya diakhiri dengan gelak tawa. Tapi saat itu sebenarnya aku tahu yang dia sudah dipunyai seseorang. Aku diam. Sebab niat aku dia tetap akan kekalkan dia sebagai kawan terbaik aku.

Hari berganti hari, sms tak pernah berhenti, dari memaki kepada touching, kemudian meet up dengan hilai tawa. Aku suka bila aku garang dengan dia dan dia lansung tak takut. Sebab dia gila. Dalam hati, aku suka kau.

Tapi malam tadi,dia buat satu pengakuan yang aku sebenarnya taknak dengar. Dia akan menamatkan zaman bujang. Demn. Aku senyum, sebab aku nak dia tahu, aku bahagia bila dia bahagia.

Aku suruh dia pandang tepat pada mata aku. Dengar!

"Saya lansung tak fall in love dengan awak lah!"

Dia senyum. "Baguslah begitu"

Tapi kenapa kau tak nampak mata aku yang berkaca ni? Aku cuma perlukan lebih masa lagi, sebab aku jumpa aku dalam diri kau.

Sebab aku tak pernah jumpa diri aku dalam diri orang lain. Tapi kenapa tuhan takdirkan kita berjumpa agaknya? Segila gila aku, segarang garang aku, sejahat jahat aku. Aku jijik tengok aku dengan apa adanya aku. Aku smoke, kau ok. Aku panggil kau babi, kau ok. Aku lempang kau, kau ok. Malah aku sengal-sengalkan kau, kau tetap ok. Sebab kau gila, dan gila kau buat aku suka kau. Kenapa?

Aku tak tahu mcm mana nak jumpa kau lagi lepas ni. Sebab aku taknak aku makin sukakan kau. Sebab kau bakal laki orang.

Yang paling aku tak faham, kenapa kau terlalu buat aku mcm kau punya? Kau tak tunjuk dengan perbuatan, kau tak laungkan dengan suara, tapi kau lakukannya dengan cara kau sendiri yang buat aku rasa mcm baik kau pergi jauh dari aku. Lain kali kalau kita jumpa atau terjumpa. Just buat buat tak kenal macam at first we stare each other.

Betullah kata orang, lelaki dan perempuan mana boleh jadi kawan baik. Kan?

Source : http://terfaktab.blogspot.com/2011/08/i-meet-with-stranger.html

Day #10


30 Days Challenge - refer it here

Day 10 — A Photo Of Your Favorite Place To Eat.
******************************************************

home sweet home
MOM's cooks is the BEST!

other than that,

its finger lickin' good~

i just CANT say NO to AYAM!!


Thursday, 11 August 2011

Day #9



30 Days Challenge - refer it here

Day 9 — A Photo Of The Item You Last Purchased.
******************************************************



senyum lebar-lebar sampai ke telinga
ipad2 kini di dalam genggaman
berduyun-duyun games berjaya di download untuk tatapan anak buah

--------------------------------------------------------------

along : mak teh nak maen game..
saya  : tak boleh.. along totty.. 
along : mane adaa....
*
*
saya : along!! makan atas meja
along : ........ (buat derk jeee)
saya : along!!!
along : ......... (buat derk lagi )
saya : ok! lepas ni tak payah maen game dah..
along : ok mak teh.. along makan atas meja la ni.. (terus makan di meja dengan penuh sopan!)
*
*
along : mak teh.. along dah abes makan.. nak maen game..
saya : basuh tangan dulu.. 
along : dah basuh la.. 
saya : tangan along basah.. g lap kering-kering dulu
along : memanggg laa... dah kering la.. along nak maen game.. 
saya : nah amek ni.. 
along : ok.. (sambil membelek-belek game yang beliau nak maen)
saya : maen game ni.. ikot dia baca abc.. 
along : ni bukan game!! ni belajar.. along tak nak belajar.. along nak maen game!!
saya : .... (terkedu!! hampeh nye budak bertuah)
*
*
saya : along dengan amani g mandi
mereka : TAK NAK
saya : sapa tak mandi tak boleh maen game
along : ok.. baiklah.. along pergi mandi sekarang
amani : ibu.. anii nak andii...
*
*
saya : along.. mak teh nak balik dah ni
along : nanti mak teh balik sini lagi.. along maen lagi. ye??
saya : insya ALLAH.. nanti cuti mak teh balik lagi.. 
along : ok!! nanti maen lagi ye....
*
*
along : mak teh lepas ni balik mana?
saya : balik rumah la..
along ; ye laa... rumah mana?
saya : rumah mak teh la...
along : bukan balik rumah along?
saya : tak nak la balik rumah along...
along : balik la... along nak maen game...
*
*
along : along nak maen game..
amani : aniii maenn dulu...
saya : dah.. dah.. jangan berebut.. kang mak teh amek balik, dua2 tak payah maen.. kongsi maen
along : amani tak pandai maen..
amani : pandai...
along : tak pandai...
amani : pandaiii..
along : tak pandaiii
amani : pandaii.. (sambil tolak along...)
along : mak teh!! amani dia tak pandai maen.. dia tekan-tekan..
amani : pandaiii
saya : dah. maen gilir-gilir.. along maen lepas amani lak..
along : ..... (buat muka tak puas hati..)
*
*
along : mak teh.. along nak maen game
saya : battery habes.. tengah charge dulu..
along : owh.. tunggu battery penuh baru boleh maen ye?
saya : ye la..
along : owh.. ok!!
*
*
along : mak teh.. nak maen game..
saya : battery tinggal sikit je tu.. nanti tunggu mak teh charge dulu
along : kejap je.. along maen game kejap je.. (sambil membelek game yang dia nak maen)
saya : tak de battery la along..
along : along maen satu game je..... kejap je.... 
saya : ............. (diam untuk satu ketika...)
along : mak teh nak.. charge.. dah habes battery..
saya : bertuah betul!!
*
*

owh. banyak lagi kisah anak-anak buah saya tu dengan benda-benda yang melibatkan game!
along baru menginjak 4 tahun dan amani baru menginjak 2 tahun
naseb baek si haqeem baru setahun jagung dan airis baru nak sebulan
gamaknya kalau dah empat-empat semua dah pandai maen game, macam mana la rupanya kalau berebut game kan? pening~
walau mereka nakal dan aktif sehingga sering bikin darah mendidih, tapi mereka tetap kesayangan saya


amani dan along yang boleh berkongsi maen untuk tempoh 58 saat sahaja

Wednesday, 10 August 2011

Buat apa nak kecoh-kecoh?

Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya
Tak cukup dengan itu, satu alam maya di hebahkannya
Isshh.. Malu la!
Dia yang awak pilih
Dia yang awak puja
Dia yang awak sayang
Jangan buka pekung didada
Jangan di singkap aib si dia
Jangan di telanjangkan keburukkannya
Sebab, esok lusa...
Si dia juga yang awak madahkan sayang
Si dia juga yang awak rindu dendamkan

Shhhh...
Hal 'rumah tangga' jangan dipertontonkan pada umum
Kisah 'laki bini' usah dihebahkan pada semua
Ceritera rahsia dan ketidak puasan hati simpan antara kau dan dia

Shhhh....
Bukan tidak boleh bercerita..
Bukan tidak boleh melepaskan 'beban'
Bukan suruh di pendam sehingga kau menjadi gila
Tapi sayang, gunakan medium yang betul
Bukan dengan mempropagandakan di alam maya
Tak molek la kalau orang mengumpat mengata kan!!!

Owh ye...
Saya berpesan pada diri sendiri!

Day #8

30 Days Challenge - refer it here

Day 8 — Your Dream Wedding

*****************************************************************


Akad Nikah
saya mahu di akadkan sendiri oleh abah saya. tidak mahu pak imam atau tok kadi yang tolong akadkan.. upacara akad nikah tak kesah la nak buat kat masjid or just di rumah sahaja. tapi memandangkan rumah saya yang sempit untuk memuatkan puluhan orang datang, maka mungkin akan di buat di masjid sahaja nanti.. dan 

Sanding
saya mahu pakai warna Royal Yellow, barulah namanya raja sehari! dan menjadi kelebihan untuk saya yang berkulit sederhana cerah ni, so warna royal yellow tersangatlah masuk dengan saya kan!! bertanbah anggun kalau memakai songket yang bewarna kuning diraja ini. tapi sudah pasti, ianya amat sukar untuk di cari!

Tema
tidak pernah meletakkan apa-apa tema mahupun warna tema.. tapi pernahlah berangan nak buat warna tema-pelangi!! mesti meriah kan!! haha.. tapi nanti jadi macam badut la pulak kan.. tapi bila pikir-pikir balik, ok gak ape.. nanti saya pakai warna putih je.. so warna pelangi yang 7 warna tu suh family saya je yang pakai.. ibu dan abah pakai warna merah, abang pakai warna jingga, angah's family pakai warna kuning, alang's family pakai warna hijau, alin pakai warna biru, adik pakai warna nila and bebudak KH pakai warna ungu!.. wahahaha.. meriah ko majlis aku nanti kalau bergambo!!

hantaran
pernah la berangan-angan untuk tidak mahu menyusahkan bakal suami nanti.. tidak mahu la mintak duit hantaran yang tidak munasabah akalnye.. nanti kang sampai terpaksa bergolok gadai sebab nak kawen.. pastu kehidupan lepas kawen lak yang terumbang ambing.. hanya mahu meminta hantaran berupa senaskah al-quran sahaja.. tapi duit belanja kawen semua dia yang uruskan.. i pasang badan je.. miahahaha~ kemudian untuk dulang hantaran, cukuplah hanya 5 dulang sahaja.. dan setiap dulang hantaran itu berupa (1)tepak sireh, (2) kereta, (3) rumah, (4) simpanan asb dan (5) insurans nyawa... gila berangan macam nak kawen dengan anak tan sri je kan!


but as overall, my dream wedding,  it should be simple but remembrance"

Tuesday, 9 August 2011

Day #7

30 Days Challenge - refer it here

Day 7 — A Photo of an Animal You’d Love To Keep As a Pet.

*****************************************************************

im not a pet lover
so im not intend to keep any animal as my pet
but, i love to keep this one as my pet if it does exist


Winnie The Pooh
alololo... chomelllnyee~

Monday, 8 August 2011

Jodoh itu Misteri yang perlu di selesaikan

Jodoh kita, hanya ALLAH swt sahaja yang mengetahui
ianya adalah misteri
jatuh cinta hari ini dan putus cinta keesokkannya
semuanya telah di aturkan oleh Yang Maha Esa
dan setiap percaturan hidup yang di tentukanNya
ada sebab dan hikmah di sebaliknya

jatuh cinta dengan teman baik sendiri
jatuh cinta dengan abang ipar sendiri
jatuh cinta dengan penjual roti
jatuh cinta dengan apek kedai letrik
jatuh cinta dengan musuh lama
jatuh cinta dengan kekasih teman baik sendiri

semua itu misteri!
kadang-kadang kita tak jangka yang ianya akan terjadi
kita tak pernah duga bahawa akan jatuh cinta dengan mereka
tak pernah terlintas di hati nak punya perasaan cinta pada dia
tiba-tiba sahaja kita jatuh cinta

jatuh cinta pada manis senyumannya
jatuh cinta pada tarikan wajahnya
jatuh cinta pada ketebalan duitnya
jatuh cinta pada halus budi bicaranya
jatuh cinta pada budi pertolongannya
jatuh cinta kerana simpati
jatuh cinta kerana terhutang budi
jatuh cinta kerana sunyi
jatuh cinta kerana hanya dia yang sudi

1000 sebab boleh disenaraikan untuk menyatakan
bagaimana kita jatuh cinta
sebab kita jatuh cinta
kenapa kita jatuh cinta
dengan siapa kita jatuh cinta

jatuh cinta boleh jadi berulang kali
belum tentu dia yang kita jatuh cinta itu adalah jodoh kita
jodoh masih misteri!
barangkali hari ini kita merasakan dia jodoh kita
esok lusa, setahun dua, sedekad dua..
kasih yang di taut putus di tengah jalan.. masih lagikah dia jodoh kita?
mungkin ya.. jodoh yang hanya sementara!

jodoh itu misteri..
ditentukan oleh Yang Maha Esa..
setiap yang terjadi di langit dan di bumi ini, adalah ketentuan-Nya
maka,
pada DIA lah kita pinta yang sebaiknya
agar di kurniakan jodoh yang baik untuk Agama, Kehidupan dan Masa Depan
jatuh cinta pada DIA dahulu, barulah pinta DIA jatuhkan cinta kau pada jodoh kau di dunia,

jodoh itu,
bagi aku... masih misteri!

Day #6

30 Days Challenge - refer it here

Day 6 — A Song to Match Your Mood.

*****************************************************************


current mood : lazy
what to do? its MONDAY BLUES!
fasting month gave an extra marks to be sooo lazy
i wish i was at home now and just lying at my bed

Sunday, 7 August 2011

Day #5

30 Days Challenge - refer it here

Day 5 — What makes you different from everyone else?

*****************************************************************

i am unpredictable
i do what i want without thinking twice
and i live with a name of Ai'da Fazihrah Nazri
does anyone got a same full name with me?

Saturday, 6 August 2011

Day #4

30 Days Challenge - refer it here

Day 4 — Your favorite photograph of your best friend.

*****************************************************************


to be honest, this is not the MOST favorite photo of my besties,  but it is one of it..
the picture, edited by me
antara memek muka yang sering dia lakukan ketika bergambar
and all the caption below that represent of WHO she are.
she is my besties = Nurdiyanah Amin Nordin

Friday, 5 August 2011

Day #3

30 Days Challenge - refer it here

Day 3 — Your Idea of The Perfect First Date

*****************************************************************



mahu duduk dan menatap matanya dan juga 'spending quality time' together, di hadapan unggun api di tepian laut di iringi bunyi ombak menghempas ke pantai dan hembusan bayu laut serta desiran angin malam yang membuatkan pepohon nyiur meliuk lentok. Bertambah 'markahnya' apabila si dia memetik gitar mendedangkan puisi/madah sayang atau lagu yang romantis sehingga mengusik jiwa!

yes!! that is what i've been dreaming off..

tak kisah la nak cakap angan-angan dalam cerita novel or etc.. tapi itu yang saya impikan!

Thursday, 4 August 2011

Day #2

30 Days Challenge - refer it here

Day 2 — Your favorite movie
Harry Potter and the Philosopher's Stone (HP1)

Harry Potter and The Chamber of Secret (HP2)

Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (HP3)

Harry Potter and The Goblet of Fire (HP4)

Harry Potter and The Order of Phoenix (HP5)

Harry Potter and The Half Blood Prince (HP6)

Harry Potter and The Deathly Hallows Pt 1 (HP7 Pt 1)

Harry Potter and The Deathly Hallows Pt 2 (HP7 Pt 2)

***************************************************

the all series of Harry Potter would be my all time fav. movies
all the series is now completed
dan ketujuh-tujuh buku HP ini juga sudah berjaya saya khatamkan!